Unit Keselamatan Perlindungan
Fungsi Utama Unit Keselamatan Perlindungan:
- Melaksanakan tugas Keselamatan Perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan menyediakan penentuan-penentuan kelengkapan dan bahan-bahan yang mempunyai ciri keselamatan;
- Melaksanakan tugas menasihat serta menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan keselamatan di Jabatan-Jabatan Kerajaan di peringkat negeri untuk menentukan sama ada Arahan Keselamatan dipatuhi dan membawanya ke pengetahuan Pengarah Keselamatan Kerajaan Cawangan Negeri atas perbuatan-perbuatan yang melanggar keselamatan dan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang telah diterima;
- Melaksanakan program syarahan Keselamatan Perlindungan kepada semua pegawai dan kakitangan awam dari masa ke semasa mengikut keperluan atau permintaan;
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanggungjawab untuk memelihara keselamatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pengarah Keselamatan Kerajaan;
- Melaksanakan tugas memberikan nasihat bercorak teknikal kepada Jawatankuasa mengenai keselamatan dalam Jabatan-Jabatan Kerajaan mengenai masalah keselamatan.
No comments